Slam - Gerimis Mengundang/Mentari Muncul Lagi
was posted in:
Gerimis Mengundang
Ku sangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis
Rupanya gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan
Pernah juga
Kau pinta berpisahan
Aku sangkakan itu hanyalah gurauan
Nyata kau serius dalam senyuman
* :
Bukan sekejap dengan mu
Bukan mainan hasrat ku
Engkau pun tahu niat ku
Tulus dan suci.....
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan
Sikit pun riak wajah mu
Tiada terkilan
Hanya aku separuh nyawa
Menahan sebak di dada
Sedangkan kau bersahaja
Berlalu tanpa kata
Terasa diri amat terhina
Kau lakukan.....
( Ulang Rangkap * )
Sia-sia
Ku korban selama ini
Jika kasih ku jika cinta ku
Tak kau hargai
Dalam tak sedar ku menangis
Mentari Muncul Lagi
Aku fikirkan mendung berterusan
Tapi kini mentari muncul lagi
Ku rasa kembali kehangatannya
Maafkan aku meniggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa
Tuhan saja yang tahu perasaanku
Berperang dengan suasana
Hinggakanku terpaksa meninggalkanmu
Kerana tak sanggup melihat kau menderita
Menyesalnya ku kerana menyangkal
Nasib tak menyebelahi
Cinta dan hidup kita
Syukur Tuhan masih sayang pada kita
Masih sayang, masih ada cinta
Maafkan aku meninggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa
Make a comment Permalink
posted by empithree @ 26.12.07 04:04 am








































